Ubat jenis suntikan intraartikular (suntikan dalam sendi lutut) boleh dibuat oleh doktor di klinik mahupun di hospital.
Menurut Dr Hanafi, suntikan ke dalam sendi lutut ini, adalah untuk merawat kesakitan dan keradangan serta menambahkan cecair synovial lutut.
Antara ubat yang disuntik ke dalam lutut adalah Corticosteroid, Asid Hylarunik, Platlet Rich Plasma (PRP) dan Stem Cells.
“Ketahanan ubat-ubat ini untuk merawat kesakitan pesakit dan mengembalikan fungsi lutut adalah bergantung kepada tahap OA, aktiviti seseorang, berat badan pesakit dan kesan tindakbalas ubat tersebut terhadap tubuh badan pesakit,”katanya.
Dr Hanafi
Jelasnya, rawatan suntikan ini adalah pilihan awal sebelum memilih untuk pembedahan dilakukan.
“Suntikan ini juga boleh diteruskan bagi pesakit yang sesuai sahaja dan ia bersifat sementara selain boleh disuntik secara berkala berdasarkan tahap kesesuaian pesakit dan konsultasi doktor,” katanya.
Prihatin Derita Warga Emas
Penyakit-penyakit yang sering dialami warga tua boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu penyakit fizikal dan penyakit mental.
Menurut Dr Hanafi, penyakit-penyakit fizikal terbahagi kepada penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit.
“Penyakit berjangkit adalah seperti jangkitan kuman pada paru-paru, pundi kencing dan sebagainya sering berlaku pada warga tua,” katanya.
Jelas beliau, tahap imunisasi badan mereka telah menurun. Kekurangan zat makanan serta implikasi penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, kanser dan hiperkolesterol akan menyebabkan sistem imunisasi badan juga menurun dan menjadikan sistem dalam badan tidak mampu untuk melawan penyakit-penyakit berjangkit,”katanya.
Penyakit-penyakit tidak berjangkit pula adalah seperti:
- Kanser.
- Penyakit degeneratif (penyakit yang mengiringi proses penuaan).
- Penyakit Osteoporosis (kekurangan kalsium pada tulang).
- Penyakit Atherosclerosis (contohnya penyakit koronari jantung).
- Jatuh dan patah (disebabkan oleh tulang rapuh atau kurang stabil).
- Penyakit-penyakit kencing manis, darah tinggi, hiperkolesterol dan strok (angin ahmar).
- Gangguan sistem penghadaman (sembelit).
- Masalah gigi (gigi rapuh dan akhirnya kehilangan gigi).
- Penyakit mata (proses penuaan atau penyakit-penyakit kronik yang akhirnya merosakkan saraf-saraf mata.
- Gangguan pendengaran.
- Masalah ginekologi (sakit puan).
- Kurang zat makanan akibat kesempitan kewangan, kesihatan merosot, kurang selera makan dan tiada gigi).
Kesihatan mental warga emas juga akan menjadi kurang stabil dan merosot jika tidak ditangani dan dicegah dari muda.
Antara penyakit mental ini adalah dementia (nyanyuk) akibat proses penuaan sel-sel otak, kesunyian, bingung, depresi dan masalah tidur (insomnia).