Noorhashimah gilap bakat anak istimewa jadi pelukis antarabangsa walaupun hidap barah usus
Oleh Nurul Fadhlin Che Ismail
Bukan semua mampu menjaga anak istimewa. Malah, menjadikan anak istimewa sebagai individu yang dikagumi bukan satu perkara yang mampu dilakukan oleh semua orang. Namun, kemampuan itu dibuktikan Noorhashimah Mohamed Noordin yang berjaya mendidik anak autismenya menjadi seorang pelukis hingga di peringkat antarabangsa.
Dalam keghairahannya membentuk dan mendidik anak istimewanya, Wan Jamila Wan Shaiful Bahri tanpa diduga pada tahun 2016 Noorhashimah disahkan menghidap kanser usus.
TINGGALKAN KERJAYA
Walau bagaimanapun, sebelum jatuh sakit Noorhashimah telah membuat keputusan untuk melepaskan semua jawatan yang dipegangnya ketika itu semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan kepada Jamila kerana merasakan satu kerugian besar sekiranya dia tidak berjaya mengilap kemampuan anak istimewanya. Disember 2015, Noorhashimah menutup semua pintu kerjayanya.
“Ia merupakan satu keputusan yang amat berat. Walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan pencapaian dalam bidang jurutera ini. Malah, apa yang saya impikan sudah dikecapi. Namun, saya yakin segalanya tidak mampu diputar semula masa jika terlepas peluang keemasan untuk membantu Jamila dalam pendidikan menengahnya.
“Namun, tidak semena-mena selepas keputusan meletakkan jawatan diambil, tiba-tiba saya jatuh sakit. Diri saya semakin hari semakin lemah, kerap demam dan sebagainya. Saya lantas ke hospital dan selepas menjalani beberapa rawatan dan diagnosis, akhirnya saya disahkan menghidapi kanser usus tahap dua.
Sekitar Ogos 2016, Noorhashimah memulakan beberapa siri rawatan dan pembedahan. Sepanjang tempoh itu, Noorhashimah tidak mampu menumpukan perhatiannya terhadap Jamila.
“Saya sakit di antara tahun 2015 hingga 2016. Dalam tempoh itu, saya banyak memberi penekanan kepada kesihatan diri sendiri. Saya terpaksa menjalani beberapa pembedahan besar dan beberapa rawatan susulan. Pada ketika itu, saya terpaksa mengabaikan Jamila yang sedang belajar dalam pendidikan khas di sekolah menengah.”
CIPTA SISTEM PENGAJARAN
“Selepas keadaan kembali pulih sekitar tahun 2017, Jamila mula menunjukkan hilang minat terhadap program khas di sekolahnya. Saya perhatikan, pendidikan khas terlalu perlahan untuk Jamila. Namun, kurikulum di sekolah biasa pula terlalu sukar untuk Jamila. Akhirnya saya membuat keputusan untuk mengajar sendiri Jamila di rumah menurut apa yang diperlukan olehnya.
“Saya akhirnya membina satu sistem yang memfokuskan kepada pembentukan manusia seperti pembinaan sosial dan emosi berbanding mengejar kejayaan akademik. Ia juga merupakan satu sistem yang digunakan dalam kaedah montessori. Saya fokus sepenuhnya kepada kekuatan dia dan apa yang boleh dilakukan olehnya berbanding memaksa dia melakukan apa yang tidak mampu,” jelas Noorhashimah.
Walaupun dalam keperitan berhadapan kanser dan terpaksa berulang-alik mendapatkan rawatan, Noorhashimah tetap sedaya-upaya memastikan Jamila tidak terlepas daripada peluang yang terbentang untuknya. Kerana, bagi Noorhashimah, kejayaan Jamila hari ini akan membantunya untuk lebih berdikari di masa hadapan selepas ketiadaannya kelak.
Meskipun Jamila menghidap autisme, tetapi dia mempunyai bakat yang sangat besar sehingga dikenali di peringkat antarabangsa. — al-Siha
KKM telah menyediakan garis panduan penggunaan ubat-ubatan antimikrob dalam program AMS. Pewujudan garis panduan telah mengurangkan kadar kematian dan KA. Setiap daripada kita perlu memberikan komitmen yang jitu dalam memerangi KA.”

Noorhashimah (kiri) tak jemu didik Jamila yang menghidap autisme.
• KA merupakan suatu cabaran yang besar dan ancaman terhadap kesihatan awam sejagat di abad ke-21.
• Peningkatan KA merupakan punca berlakunya jangkitan yang serius, komplikasi, tempoh pesakit berada dalam wad menjadi lama serta pertambahan dalam kes-kes kematian.•
Kos rawatan meningkat apabila pesakit perlu berada dalam wad untuk tempoh yang lama dan menggunakan ubat-ubatan antimikrob yang lebih mahal kerana ubat-ubatan sedia ada tidak lagi berkesan.•
The O’Neill Review on Antimicrobial menganggarkan bahawa menjelang tahun 2050, KA mungkin meragut 10 juta nyawa setiap tahun jika tiada intervensi yang berkesan dari sekarang.
Kadar ini adalah lebih tinggi daripada kematian yang disebabkan oleh kanser!
Laporan yang sama juga menganggarkan kerugian dari segi ekonomi sebanyak USD 100 trillion setahun akibat kerintangan antimikrob.
Cara menangani KA:
• Sebarang keputusan yang dibuat dalam pemilihan antibiotik untuk rawatan pesakit perlu mengambil kira kesannya terhadap KA.
• Penggunaan antibiotik secara rasional akan melambatkan berlakunya KA dan dengan ini, keberkesanan antibiotik dapat dikekalkan selama mungkin.
• Semua preskripsi ubat-ubatan antimikrob mestilah wajar, sesuai dan selamat.
• Rawatan dengan ubat-ubatan antimikrob mesti hanya dimulakan jika terdapat justifikasi klinikal yang jelas. Ini kerana penggunaan ubat-ubatan antimikrob yang sesuai boleh menyelamatkan nyawa namun penggunaan secara berlebihan dan tidak perlu boleh menyebabkan kematian jika berlaku kerintangan antibiotik di kemudian hari. — al-Siha
