Penyanyi yang juga presiden kelab penyokong Man City Malaysia giat siapkan single baharu
Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada pihak Al-Siha kerana sudi menemuramah saya. Sekarang, saya sedang sibuk terbitkan single terbaharu, sebuah lagu yang lain dari lagu saya sebelum ini. Ia merupakan sesuatu yang lebih menarik untuk semua peminat-peminat lagu saya. Nantikan.
Selain itu, saya sedang giat menyiapkan projek senibina di Indonesia dalam masa terdekat dan sedang aktif bersama Kelab Penyokong Manchester City Malaysia sebagai presiden bagi musim 2019-2021. Pada masa sama saya juga sedang aktif mempromosikan minuman sihat dan lazat iaitu Chachago Malaysia dan dilantik sebagai Duta produk Chachago Malaysia.
Definisi kesihatan bagi Taleeb?
Kesihatan adalah apabila kita dapat lakukan segala aktiviti dengan cergas dan cerdas tanpa sebarang masalah. Segala aspek emosi, sosial,fizikal dan mental dalam keadaan seimbang untuk meneruskan hidup dgn baik serta bebas dari sebarang penyakit.
Kongsikan cara untuk kekalkan momentum dalam melakukan segala aktiviti harian?
Saya seorang yg sangat aktif dan multitasker. Sejak di sekolah rendah lagi, saya mula aktif dalam kokurikulum dan cemerlang dalam pelajaran. Perkara paling penting adalah pemikiran positif dan mempunyai matlamat yang jelas di hadapan. Jadi saya jadikan diri saya sentiasa produktif setiap hari dan pastikan ada kerja atau urusan yang perlu dibuat. Air yang cukup itu kunci dalam gaya hidup yang aktif.
Saya percaya Taleeb mempunyai jadual yang begitu padat. Bagaimana seimbangkan kesihatan dengan tugas kerja yang banyak?
Ya betul. Orang lain yang tengok jadual saya, mereka pun rasa ‘penat’. Kita kena biasakan konsep hidup ‘work-life balance’. Ada waktu kita bekerja ada waktu kita untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat, di mana ia satu perkara yang tak semua orang mampu lakukan. Pengurusan masa yang baik sangat kritikal bagi seorang multitasker atau fleksibel.
Adakah Taleeb ke gimnasium atau melakukan senaman ringan. Mungkin jogging dan sebagainya? home workout?
Saya merupakan bekas kapten dan pengurus sukan futsal, atlet universiti di UTM skudai. Jadi rutin saya adalah beriadah bersama kawan-kawan di kampung utk kekal aktif dan bertenaga di samping mendapatkan rehat yang secukupnya.
Namakan jenis sukan yang disukai dan kenapa?
Saya minat sukan bola sepak, ‘football freestyle’ dan futsal. Saya minat sukan bola sepak kerana ia menguji kekuatan mental & tahap kreativiti kita dalam menentang pasukan lawan. Ia adalah sebahagian dari bidang seni sebenarnya.
Bagaimana Taleeb mengekekalkan kesihatan kulit? Kongsikan rejim harian.
Perkara paling asas adalah minum air yang ditapis secukupnya mengikut berat badan kita. Sebagai contoh, saya memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari bagi memastikan diri kekal berhidrasi.
Sebagai seorang lelaki, apa yang paling anda titik beratkan atau beri perhatian?
Sebagai seorang lelaki, saya menekankan kekemasan dan kebersihan diri iaitu yang paling asas, kebersihan kuku dan gigi serta kekemasan misai dan rambut. Pakaian yg bersih dan kemas juga penting. Hal ini semua menentukan keyakinan diri kita untuk berada di khalayak ramai dan berjumpa dengan orang.
Pernah mengambil supplement atau vitamin tambahan?
Tidak, saya cuma memerlukan makanan yang berkhasiat sebagai sumber vitamin utama dalam badan.
Pendapat Taleeb mengenai kesihatan rakyat Malaysia hari ini.
Satu perkara yang saya lihat di Malaysia adalah di mana Malaysia adalah negara paling gemuk di Asia tenggara. Hal ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diambil perhatian. Budaya pemakanan yang tidak sihat, tidak seimbang adalah punca utama menjurus kepada obesiti yang boleh menyebabkan diabetes dan juga penyakit kardiovaskular. Elakkan makan lewat malam dan kurangkan budaya merokok dan vape. Cara terbaik adalah amalkan pemakanan seimbang, sihat, gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti senaman ringan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
Pernah ke Taleeb diuji dengan ujian kesihatan seperti stress melampau, anxiety dan apa apa sahaja yang boleh dikongsikan dan bagaimana cara Taleeb menyelesaikan masalah tersebut?
Pernah. Saya pernah melalui fasa stres melampau dan anxiety disorder. Saya pernah mengalami stres hingga menghidap pra hipertensi. Hal ini kerana saya terlalu sibuk dengan jadual yang padat di mana waktu itu saya belum memiliki kenderaan sendiri, cuma menaiki kenderaan awam dan menyewa kereta. Pengurusan masa dan jadual yang tidak baik menyebabkan saya stres. Jadi saya menyelesaikan masalah dengan menulis segala aktiviti saya dalam buku, komputer dan telefon bimbit saya berserta dengan jam penggera bagi memastikan saya tidak lewat dan tidak tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu urusan. Dan yang paling utama adalah menjaga solat dan hubungan dgn Tuhan bagi mendapatkan kejayaan yang sempurna dan baik kepada kita, Wallahualam. — al-SihaCeria dan mesra, itulah yang dapat penulis gambarkan tentang figura pilihan al-Siha kali ini, artis yang semakin meningkat naik, Abdul Muttaleeb Mizad atau lebih dikenali sebagai Taleeb Mizad ketika di temui di Shah Alam, baru-baru ini. Ikuti perbualan kami.

Keluarga bahagia Taleeb Mizad.
PROFIL
Nama: Abdul Muttaleeb bin Mizad (Taleeb Mizad
Nama isteri: Juliana binti Nazarudin
Tarikh anak: Emre Darwish bin Abdul Muttaleeb (15 Disember 2014: 5 tahun)
Ifra Nikayla binti Abdul Muttaleeb
(1 Januari 2018: 2 tahun)
Tempat kelahiran: Muar, Johor
Album dan lagu:
• Album 6 buah lagu: Syukur Alhamdulillah Hijjaz Records
• Satu bintang: Arteffects International
• Untuk Sekali Ini: OST Filem Jibam