IMHRC2019 diadakan bagi memperkasakan kesihatan mental di negara ini dengan sokongan antarabangsa
International Mental Health Recovery Conference 2019 (IMHRC 2019) buat julung kalinya diadakan bertujuan memperkasakan kesihatan mental di Malaysia dengan sokongan antarabangsa.
Persepsi negatif berhubung isu kesihatan mental begitu meluas di Malaysia, malah ada diantara mereka yang tidak tahu membezakan diantara kesihatan mental dan juga penyakit mental.
Presiden dan Pengasas Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA), Anita Abu bakar berkata, pihaknya bertanggungjawab dalam mendidik dan menyampaikan kesedaran kepada orang ramai tentang kedua-dua perkara tersebut.
“MIASA akan sentiasa memainkan peranan penting dalam memperkasakan kesihatan mental penduduk di Malaysia,” katanya.
PERSIDANGAN PERTAMA MIASA
Tambah beliau, kali ini MIASA mencipta sejarah dengan menjadi penganjur IMHRC 2019.
“Selain menampilkan penglibatan beberapa orang penceramah yang cukup berpengalaman, MIASA turut membawa individu yang pernah bergelut dengan isu kesihatan mental dari luar negara untuk berkongsi perkembangan dan kisah inspirasi berdepan derita kesihatan mental.
Jelasnya, MIASA juga turut mewakili Malaysia sebagai ahli jawatankuasa TCI Asia Pacific.
“TCI atau ‘Transforming Communities for Inclusion of persons with psychosocial disabilities’, merupakan rakan kongsi IMHRC 2019 dan berperanan penting dalam kesihatan mental dan menyampaikan maklumat atau pendidikan tentang penyakit-penyakit mental.”
KUPAS TOPIK MENARIK
Menurut Anita, matlamat utama persidangan kali ini adalah untuk membincangkan mengenai beberapa topik penting dan amat diperlukan kearah perubahan, dan topik tersebut juga antara isu yang menjadi perbualan hangat penduduk di negara ini.
“Salah satu topik yang dimuatkan dan akan di bincangkan dalam persidangan kali ini adalah tentang pengurusan penyakit mental tanpa paksaan.
“Di Malaysia, kita masih menerapkan kaedah pengurusan pesakit mental secara involuntary kerana ini merupakan langkah yang paling cepat dan mudah. Ketika pesakit menunjukkan sikap yang agresif, kita akan cuba menahan mereka dari berkelakuan agresif tanpa bertanya atau mengambil tahu punca sebenar mereka berkelakuan seperti itu,” katanya.
Selain itu, antara topik lain yang bakal dibincangkan adalah mengenai jurang tentang kesedaran kesihatan mental, serta pandangan mengenai stigma penyakit mental dalam kalangan mereka yang professional.
PERKONGSIAN PAKAR
IMHRC 2019 turut membawakan penceramah yang merupakan seorang doktor yang menjadi sebahagian dari jawatankuasa yang membangunkan United Nations Convention on the Rights of Persons with Disabiities (UNCRPD), yang akan sama-sama berkongsi tentang kesukaran yang dihadapi dalam pelaksanaan UNCRPD di Malaysia.
“Kami telah merangka sesi perkongsian yang hebat tentang kesihatan mental dan juga penyakit mental, dan kesemua penceramah, sama ada dari dalam negara mahupun luar negara, mempunyai terlalu banyak pengalaman berdepan isu melibatkan kesihatan mental dan akan berkongsi segalanya kepada semua,” jelas Anita.
Sementara itu, Anita berkata, akan ada satu ‘perubahan besar’ yang positif kearah memperkasakan kesihatan mental dan penyakit mental di Malaysia melalui persidangan ini, terutama dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga pengamal kesihatan mental professional yang lain.
Katanya, persidangan kali ini juga akan menekankan perbincangan tentang kesihatan mental membabitkan pihak berkepentingan lain seperti doktor, pesakit, penjaga pesakit dan juga pihak kesihatan awam, secara lebih mendalam dan terperinci kearah menyokong dan menguruskan isu kesihatan mental dan penyakit-penyakit mental di negara ini.

PERANAN SEMUA
Jelasnya, persidangan kali ini diharap dapat membantu semua pihak untuk lebih memahami tentang peranan masing-masing demi kesejahteraan kesihatan mental.
“Kita mungkin akan mencapai kejayaan yang diimpikan, tetapi jika kita berkerjasama, kita mungkin akan mencipta satu kejayaan yang luar biasa,”jelas Anita —al-Siha
Di Malaysia, kita masih menerapkan kaedah pengurusan pesakit mental secara involuntary kerana ini merupakan langkah yang paling cepat dan mudah”
– Anita
ANTARA TOPIK DIBINCANGKAN DALAM IMHRC 2019
Keynote Speaker ‘Zero Coercion on Mental Health’ oleh Bhargavi Davar (India)
‘Malaysia’s Collaborative Practise : Gaps, Opportunities and the Way Forward’oleh Anita Abu Bakar (Malaysia).
‘The Paradigm Shift from the Medicl to the Social Model’ oleh Kavita Saju Nair (India)
‘Stigma amongst Mental Healthcare Professionals’ oleh Ahmed Hankir, the Wounded Healer (UK)
Journey to Recovery : ‘The Power to Persevere’ oleh Dr Zakry Onn Yahya, Daniel Anthony Percival, Vishalatchi Arunagiri, Ustaz Mohd Noor Deros, Pastor Ignatius Wong.
‘Spirituality & Mental Health’ oleh Ustaz Mohd Noor Deros
‘Mental Health NGOs : The Power of Advocacy’ oleh MIASA, Befrienders, MMHA & SOLS Health