Penggemar makanan terutama mereka yang alah pada
susu serta vegan boleh dapat nutrien penting dalam santan
SANTAN merupakan antara bahan utama dalam hidangan rakyat Malaysia terutama bagi individu yang menggemari masakan berkuah seperti kari dan masak lemak. Santan juga digunakan dalam penghasilan pencuci mulut sejak berabad lamanya atau hidangan pencuci mulut yang menjadi tradisi.
Menurut Pakar Nutrisi, Shermin Low dari MyKenZen, lemak kelapa adalah antara jenis lemak yang sihat. Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa ia mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs).
“MCTs digunakan secara langsung di dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan lebih tenaga dan menambah baik imunisasi kerana ia memiliki kandungan anti-bakteria dan anti-virus,” katanya.

Tambah beliau, manfaat lain santan selain bebas kolesterol dan tinggi dengan serat, ia juga mengandungi Vitamin C, E, B1, B3, B5 dan B6. Di samping mineral seperti iron, selenium, natrium, kalsium, magnesium dan fosforus.
“Santan juga bebas laktosa yang menjadikannya ideal untuk golongan yang tidak boleh mengambil laktosa dan vegan.
Santan juga bebas laktosa yang menjadikannya ideal untuk golongan yang tidak boleh mengambil laktosa dan vegan.”
– Shermin Low
Beliau menyarankan supaya orang ramai memilih dan mengambil ramuan yang betul secara sederhana, kerana itu antara kunci dalam memastikan kolesterol berada pada tahap sewajarnya dan pada masa yang sama dapat menikmati hidangan enak.
Sementara itu, Ahli Akademik Kulinari dan Pengkaji Makanan, Cef Syafiq Othman berkata, santan merupakan satu ramuan penting dalam banyak resepi.
“Santan mempunyai rasa yang berkrim, sedikit masin dan mempunyai aroma karamel yang tidak boleh ditiru oleh produk tenusu, susu soya atau susu kacang. Santan juga elemen yang memberikan kari, rendang dan pencuci mulut tradisional rasa tambahan dan lemak yang enak. Bagaimanapun, lemak itu boleh jadi terlalu padat dan pekat.
“Inovasi diperlukan dalam penghasilan santan agar dapat membantu mengekalkan hidangan tradisional kita, agar tidak ditelan zaman dan relevan buat rakyat Malaysia yang semakin mengutamakan kesihatan tubuh badan. Malah, turut menggalakkan generasi baru untuk meneroka dan bereksprementasi dengan warisan citarasa tempatan,” kata Chef Syafiq yang ditemui sempena pelancaran Ayam Brand™ Santan Super Light baru-baru ini.— al-Siha