KAJIAN Serantau Majlis Makanan Laut Norway, Asia Tenggara menunjukkan rakyat Malaysia memilih Norwegian Fjord Trout untuk manfaat kesihatan dan nutrien. Menurut Pengarah Serantau Majlis Makanan Laut Norway, Asia Tenggara, Asbjorn Warvik Rortveit, Norwegian Fjord Trout dilihat semakin menjadi pilihan penduduk Malaysia.
Ini terbukti apabila jumlah eksport Norway Fjord Trout segar meningkat dengan ketara dari 77 tan pada tahun 2010 kepada 1670 tan pada tahun 2018. Norwegian Fjord Trout kaya dengan asid lemak Omega-3, nutrien yang penting untuk jantung yang sihat.
Norway mempunyai suasana kehidupan sempurna untuk ikan Fjord Trout. Ikan ini diternak di dalam lautan Fjord Norway yang sejuk dengan air laut bergabung dengan air tawar segar dari glasier dan salji, melalui satu proses memenuhi piawaian tertinggi yang dikaitkan dengan alam sekitar dan kemampanan. — al-Siha