Pesalah pedofilia kini sambung pengajian PhD di UKM
TIDAK sepatutnya menjadi satu masalah atau dikritik keputusan membenarkan genius Matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin(gambar)yang didapati bersalah memiliki lebih 30,000 imej serta video lucah kanak-kanak di London dan menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), demikian kenyataan Pensyarah Kanan Bahagian Pendidikan Psikologi Universiti Malaya (UM), Dr Noor Aishah Rosli.
Katanya, peluang belajar seumpama ini patut diberikan memandangkan Nur Fitri seorang pelajar yang bijak.
“Nur Fitri perlu diberikan peluang dan pada masa sama perlu dipantau oleh kaunselor atau penjaga yang boleh bantu dia mengawal keadaan. Kita perlu sedar bahawa manusia boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Siapa kita untuk menilai kerana kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan,”jelas beliau.
“Kes Nur Fitri ini kecoh kerana berjaya dibongkar namun, sebenarnya ramai lagi individu yang melakukan perkara yang sama atau lebih teruk lagi cuma tidak berjaya didedahkan. Saya faham ramai ibu bapa di luar sana risau keselamatan anak-anak masing-masing. Tetapi ibu bapa perlu sedar banyak lagi kes lain yang perlu diambil perhatian dan kes Nur Fitri ini kecil sahaja. Ramai yang tidak tahu, sumbang mahram berlaku dalam keluarga dan banyak lagi kes lain terjadi. Dalam hidup ini tidak ada yang sempurna dan Allah SWT maha mengasihani serta berfirman bahawa pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang yang insaf,” katanya.
SIAPA PEDOFILIA?
“Tidak mudah untuk mengenali seorang pedofilia kerana setiap pedofilia punya sejarah dan kisah yang berbeza. Tidak mustahil seorang pedofil pernah mengalami sejarah hitam dalam hidupnya seperti berlaku penderaan seksual, gangguan (molest) ketika zaman kanak-kanak atau dia diajar untuk melakukan perbuatan tersebut dan tidak ada individu yang dapat bantu dia mengawal perasaan tersebut,” jelasnya.
“Tidak mustahil seorang pedofilia sebenarnya mempunyai kelemahan misalnya tidak mampu untuk mengurat perempuan dan digantikan dengan cara melayan nafsu dengan melihat imej atau video kanak-kanak berbanding gambar wanita dewasa. Kanak-kanak sentiasa menjadi mangsa kerana mereka individu lemah.
Tambah Dr. Aishah, setiap penyakit pasti ada rawatannya sedangkan skizofrenia juga ada rawatannya. Bagi kes Nur Fitri, keluarga dan individu terdekat perlu memberikannya sokongan moral.— al-Siha
Dr Noor Aishah Rosli, Pensyarah Kanan Bahagian Pendidikan Psikologi UM.
Psikosis ‘hantui’ anak kecil
Anak-anak yang pernah mengalami tekanan sebelum kehilangan ibu bapa atau penjaga mungkin akan berdepan masalah psikologi dan tidak mustahil mengalami masalah kemurungan.
Pensyarah Kanan Bahagian Pendidikan Psikologi Universiti Malaya (UM), Dr. Noor Aishah Rosli berkata, kemurungan ada tahapnya yang tertentu dan apa yang membimbangkan adalah keadaan anak yang tidak mampu mengawal kesedihan lalu menyebabkan kemurungan yang mungkin membawa kepada psikosis.
“Psikosis berlaku apabila individu yang berdepan masalah mula mendengar ‘suara’ dan melihat sesuatu yang tidak normal. Dalam otak manusia terdapat satu kimia, jika kimia ini tidak seimbang ia akan menyebabkan individu berkecamuk. Jika anak tersebut didapati mengalami kemurungan, segera bawa kepada pakar psikologi,” katanya.
Jelas beliau, anak-anak yang kematian ibu atau bapa ketika berusia dua atau tiga tahun masih tidak memahami konsep kehilangan yang sebenar meskipun telah dijelaskan secara berulangkali, dibawa ke tanah perkuburan dan sebagainya, malah mereka akan tetap mencari serta menunggu ibu bapa mereka kembali.
“Anak yang berusia 17 hingga 18 tahun lebih faham situasi yang berlaku berbanding anak yang masih kecil kerana mereka sudah dewasa. Mungkin mereka tidak mengalami suspicious anxiety tetapi lebih kepada rasa kehilangan, angin tidak baik (moody) dan rasa tiada tempat untuk meluahkan perasaan terutama bagi anak perempuan,”katanya.
“Penerimaan anak-anak atas kematian ibu bapa berbeza mengikut jantina dimana perempuan lazimnya lebih sedih berbanding lelaki. Kerana bagi anak lelaki ada persepsi bahawa dia seorang ‘hero’, jadi tidak boleh menangis. Sebenarnya lelaki juga perlu menangis dan perlu meluahkan perasaan kerana airmata boleh menghilangkan tekanan.
Tambah beliau, situasi kematian ibu bapa yang disebakan oleh jatuh sakit berbeza dengan kematian yang mengejut kerana kematian yang melalui fasa sakit (tolerance stress), maksudnya mereka lebih bersedia. Tetapi, kematian secara mengejut akan membuatkan anak-anak mengambil masa lebih lama untuk tenang.
“Ketika kehilangan ibu bapa, keluarga atau saudara terdekat hendaklah ambil peranan untuk memujuk anak dan begitulah sebaliknya. Ceritakan kebenaran, jangan jadi pembohong kerana anak yang kecil lambat laun akan membesar juga. Bagi yang telah dewasa hendaklah sama-sama memberi sokongan. — al-Siha
Tidak mudah untuk mengenali seorang pedofilia kerana setiap pedofilia punya sejarah dan kisah yang berbeza.”
Gejala pedofilia
• Mendapat ransangan seksual apabila melihat kanak-kanak tidak berbaju.
• Berfantasi dengan gambar, video atau laman web lucah kanak-kanak.
• Bertindak atas dorongan fantasi dengan melakukan perbuatan seks.
• Melakukan penderaan seksual dan jenayah rogol yang boleh menyebabkan kematian.
• Terpengaruh dengan pengalaman dicabul, diliwat atau didera secara seksual semasa kecil.
• Gemar menyimpan bahan lucah kanak-kanak.
LANGKAH PENCEGAHAN
▶ Ibu bapa harus berhati-hati dan tidak terlalu mendedahkan anak masing-masing dalam media sosial.
▶ Elak meletakkan maklumat peribadi anak seperti nama, umur, gambar dan aktiviti harian keluarga.
▶ Memantau setiap aktiviti anak-anak di alam maya.
▶ Pendidikan seksual mengikut peringkat umur dimulakan sejak kecil.
Sumber : Pengerusi Malaysian Against Pornorgraphy (MAP), Dr Shamsuriani Md Jamal)
Kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun tidak faham konsep kehilangan.
PEDOFILIA merujuk kepada kecelaruan seksual yang menyebabkan seseorang mempunyai tarikan seksual eksklusif terhadap kanak-kanak. Lazimnya terdiri daripada lelaki dewasa yang tertarik secara seksual terhadap kanak-kanak lelaki atau perempuan berusia bawah 13 tahun.
Pedofilia sasar kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia bawah 13 tahun.
Gadget bikin anak lambat cakap
Gadget bukan pengganti ibu bapa.

SEBELUM ini, kanak-kanak dilihat comel tatkala telatahnya memegang ‘bantal busuk’, ‘kain busuk’, anak patung dan sebagainya ketika berada di mana-mana. Tetapi sekarang keadaan sudah berbeza, mereka mungkin sudah tidak berminat dengan tabiat tersebut kerana mula didedahkan dengan gadget yang nyata lebih menarik minat mereka, bukan sahaja tarikan visual yang pelbagai, malah muzik atau audio yang tidak kurang menarik perhatian mereka.
Menurut Dr. Noor Aishah, teknologi sangat penting, tetapi penggunaan gadget ini sebaiknya dipantau.
“Setiap anak tidak perlu diberikan gadget setiap seorang dan perbuatan ini seakan melampau kerana ibu bapa punca anak-anak rosak. Mengikut kajian dari United Kingdom, kanak-kanak bawah dua tahun sebaiknya tidak melihat skrin kerana penglihatannya berisiko rosak kerana otot mata masih lembut,”katanya.
“Perbuatan memberi gadget salah sebenarnya, ramai yang menjadikan gadget sebagai pengganti mereka, kononnya anak-anak akan lebih terkawal terutama ketika berada di khalayak ramai. Walhal, penggunaan gadget menyebabkan komunikasi hanya berlaku satu hala, tidak boleh disentuh dan tidak boleh dirasa, apatah lagi tidak membantu perkembangan otak anak-anak. Sepatutnya ibu bapa meluangkan lebih banyak masa untuk bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain pasir, air, berinteraksi dengan anak-anak, peluk dan cium mereka, bagi merangsang otak mereka selain turut mengawal emosi mereka serta ibu bapa.
Tambah beliau, ramai kanak-kanak yang bermasalah lambat bercakap akibat penggunaan gadget yang tidak terkawal.
“Orang yang tidak dapat mengawal emosi ini kebanyakannya selalu menghabiskan masa dengan penggunaan gadget kerana tidak dididik tentang interaksi. Anak-anak yang terlalu leka dengan gadget mengalami masalah lambat bercakap kerana tidak peka dengan sebutan yang didengarnya selain tidak biasa dengan persekitaran. — al-Siha
GEJALA KEMURUNGAN
• Rasa sedih hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu
• Hilang minat dalam perkara yang digemari
• Tiada selera atau terlebih selera
• Rasa bersalah melampau
• Ganguan tidur sama ada terlebih tidur atau kurang tidur
• Hilang tumpuan dan sukar buat keputusan
• Pergerakan atau pemikiran yang lambat