• Latest
  • Trending
  • All
  • General/Business/Brief News
  • Cover Story/Issue
  • Exclusive
  • Highlight
  • Opinion/Column
Jadi ‘guru’ selepas mati

Jadi ‘guru’ selepas mati

December 17, 2019
A Taste of Tradition: The Cultural Legacy of Finger Foods and Mini Cakes

A Taste of Tradition: The Cultural Legacy of Finger Foods and Mini Cakes

August 21, 2023
Dinner Duel: A Comparative Analysis of the Best Restaurants in Town

Dinner Duel: A Comparative Analysis of the Best Restaurants in Town

March 21, 2023
The Power of Social Media Marketing: Tips and Tricks for Success

The Power of Social Media Marketing: Tips and Tricks for Success

March 21, 2023
Behind Every Great Event: The Power of Effective Planning

Behind Every Great Event: The Power of Effective Planning

March 21, 2023
Getting the Best Out of Your Cloud Services: Strategies for Cost Optimization and Performance Improvement

Getting the Best Out of Your Cloud Services: Strategies for Cost Optimization and Performance Improvement

March 20, 2023
Incorporating Art into Your Home: Tips for Displaying and Choosing the Right Pieces.

Incorporating Art into Your Home: Tips for Displaying and Choosing the Right Pieces.

March 17, 2023
Bite into Bliss: 5 Best Bakeries and Pastry Shops in Kuala Lumpur for Dessert Lovers

Bite into Bliss: 5 Best Bakeries and Pastry Shops in Kuala Lumpur for Dessert Lovers

March 16, 2023
In Search of Mental Wellness: 5 Recommended Psychology Clinics in Kuala Lumpur

In Search of Mental Wellness: 5 Recommended Psychology Clinics in Kuala Lumpur

March 16, 2023
Protect Your Investment: Why a Home Inspection is Crucial for Buyers and Sellers

Protect Your Investment: Why a Home Inspection is Crucial for Buyers and Sellers

March 6, 2023
Top 8 Business Conferences in Malaysia

Top 8 Business Conferences in Malaysia

March 1, 2023
Revolutionizing Business in Southeast Asia: Your Ultimate Guide to the Selangor International Business Summit

Revolutionizing Business in Southeast Asia: Your Ultimate Guide to the Selangor International Business Summit

February 24, 2023
The Evolution of Medical Conferences: From Symposia to Virtual Events and the Future of Healthcare Collaboration

The Evolution of Medical Conferences: From Symposia to Virtual Events and the Future of Healthcare Collaboration

February 22, 2023
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 25, 2023
Sihat Malaysia
  • Issue
    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    A Date With You For Better Sleep, Every Night.

    约定你一起睡睡有今朝

    约定你一起睡睡有今朝

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Nyaris sembelih anak

    Cuti tanpa rekod

    Nyaris sembelih anak

    Hanya lima aduan

    Nyaris sembelih anak

    Nyaris sembelih anak

    Tiba masa untuk lebih terbuka

    Majikan perlu ambil berat

    Tiba masa untuk lebih terbuka

    Tiba masa untuk lebih terbuka

    Pelaksanaan cuti ‘Hero’

    Ayuh jadi ‘Hero’

  • Exclusive
    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    A Date With You For Better Sleep, Every Night.

    约定你一起睡睡有今朝

    约定你一起睡睡有今朝

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Jadi ‘guru’ selepas mati

    Jadi ‘guru’ selepas mati

    Inhaling the truth

    A breathless journey

    Inhaling the truth

    Inhaling the truth

    Kebajikan kanak-kanak perlu dilindungi

    Kebajikan kanak-kanak perlu dilindungi

    Mampu undang risiko tinggi

    Lesser turned superior

    Lesser turned superior

  • General News
    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    A Date With You For Better Sleep, Every Night.

    约定你一起睡睡有今朝

    约定你一起睡睡有今朝

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Briefs

    Alpha IVF & Women’s lebar sayap

    Alpha IVF & Women’s lebar sayap

    Briefs

    Briefs

    Naik taraf NICU Hospital Shah Alam

    Revolutionising primary care

    Revolutionising primary care

  • Opinion
    Kaitan sepsis dan kerintangkan antibiotik

    Kaitan sepsis dan kerintangkan antibiotik

    Harapan baharu ‘mat pit’

    Harapan baharu ‘mat pit’

    Apa yang anda perlu tahu?

    Apa yang anda perlu tahu?

    Sepsis and antibiotic resistance: What is the connection?

    Sepsis and antibiotic resistance: What is the connection?

    Bahaya peranakan tersasar

    Bahaya peranakan tersasar

    Kerintangan antibiotik

    Kerintangan antibiotik

    Sepsis neutropenik mimpi ngeri pesakit

    Sepsis neutropenik mimpi ngeri pesakit

    Creating health-promoting environment

    The terrible, terrible Neutropenic Sepsis

  • Junior
    Rangsang minda dengan bermain

    Rangsang minda dengan bermain

    HP ‘ragut’ kehidupan aktif Nur Zarifah

    HP ‘ragut’ kehidupan aktif Nur Zarifah

    Didik tanpa membezakan

    Didik tanpa membezakan

    Usah ambil mudah bayi tersedak susu!

    Usah ambil mudah bayi tersedak susu!

    Reading between the lines

    Reading between the lines

    Main olok-olok tingkat kreativiti

    Main olok-olok tingkat kreativiti

    Can Children With Autism Swim?

    Can Children With Autism Swim?

    Peluang Kedua Nur Fitri

    Peluang Kedua Nur Fitri

    eViral Hepatitis Adalah Antara Ancaman Kesihatan Global Yang Paling Besar Setakat Ini

    eViral Hepatitis Adalah Antara Ancaman Kesihatan Global Yang Paling Besar Setakat Ini

  • Women
    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    A Date With You For Better Sleep, Every Night.

    约定你一起睡睡有今朝

    约定你一起睡睡有今朝

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Recognising caregivers’ burnout

    Recognising caregivers’ burnout

    Empati tinggi dorong Dr Bamini

    Empati tinggi dorong Dr Bamini

    Hair for hope

    Hair for hope

    Living with infertility

    Living with infertility

    Tali pusat terbelit, bahaya ke?

    Kanser bukan halangan

    Kanser bukan halangan

  • Men
    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    A Date With You For Better Sleep, Every Night.

    约定你一起睡睡有今朝

    约定你一起睡睡有今朝

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

    Pam zakar bawa mudarat?

    Pam zakar bawa mudarat?

    Urat kaki bocor, berat cecah 200kg

    Urat kaki bocor, berat cecah 200kg

    Tahap kesihatan lelaki rendah

    Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan 2018-2023

    Tahap kesihatan lelaki rendah

    Tahap kesihatan lelaki rendah

    Unshaved for cancer

    Unshaved for cancer

    60 is the new 40

  • Fitness
    Throwing punches for Malaysia

    Throwing punches for Malaysia

    Rakyat Malaysia kurang aktif?

    Berbasikal hilangkan tekanan, stabilkan jantung

    Rakyat Malaysia kurang aktif?

    Rakyat Malaysia kurang aktif?

    Fjord Trout, ikan segar kaya nutrien

    Fjord Trout, ikan segar kaya nutrien

    Santan bebas kolesterol, laktosa

    Santan bebas kolesterol, laktosa

    Osteoporosis: satu keretakan setiap tiga saat

    Osteoporosis: satu keretakan setiap tiga saat

    Populasi warga emas meningkat

    Populasi warga emas meningkat

    Getting fit through video games

    Getting fit through video games

    Diet, senaman perlu seimbang

    Diet, senaman perlu seimbang

  • Nutrition
    眼科巨匠 新焦点

    眼科巨匠 新焦点

    被忽视的疼痛

    被忽视的疼痛

  • Highlight
    Bahaya kanak-kanak kurang nutrisi

    Bahaya kanak-kanak kurang nutrisi

    Taleeb Mizad ‘multitasker’

    Taleeb Mizad ‘multitasker’

    Teacherobik ‘perangi’ obesiti pelajar

    Teacherobik ‘perangi’ obesiti pelajar

    Vape bukan alternatif berhenti merokok

    Vape bukan alternatif berhenti merokok

    Taiping for seniors

    Taiping for seniors

    Keeping watch of your health

    Keeping watch of your health

    Strengthening diabetes care among practitioners

    Unlocking access to quality insulin

    Strengthening diabetes care among practitioners

    Strengthening diabetes care among practitioners

    It’s time to speak openly

    It’s time to speak openly

  • Cartoon

  • PLUS
    Being healthy is a family affair

    Being healthy is a family affair

    How our dates came to be

    How our dates came to be

    Halal food is healthy food

    Halal food is healthy food

    All eyes on Yoo!

    All eyes on Yoo!

    Mom’s favourite cook

    Mom’s favourite cook

    Dishing up nostalgia on a plate

    Dishing up nostalgia on a plate

    Palm oil for the greater good

    Palm oil for the greater good

    In the palm of our hands

    All good in moderation

    All good in moderation

No Result
View All Result
Sihat Malaysia
No Result
View All Result
Home Exclusive

Jadi ‘guru’ selepas mati

by jenius
December 17, 2019
in Exclusive
0
Jadi ‘guru’ selepas mati

Para doktor menjalankan pembedahan ke atas jasad Silent Mentor.

491
SHARES
1.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Individu sumbang jasad melalui Program Silent Mentor demi perkembangan perubatan

Oleh MOHD SHAH CHE AHMAD

Derma organ bukan lagi istilah baharu untuk diperkenal di negara ini, malah mekanisme khas bagi melaksanakannya sama ada ketika hidup atau setelah mati telah pun digariskan dan mendapat persetujuan semua pihak termasuk Majlis Agama Islam dengan mengharuskannya.

Menurut statistik dikeluarkan Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), Hospital Kuala Lumpur menunjukkan, sebanyak 424,580 orang berikrar untuk menderma organ sejak 21 tahun ia ditubuhkan. 

Walaupun bilangan itu dilaporkan masih kurang bagi menampung keperluan individu memerlukan organ, namun ia merupakan satu angka yang tinggi, sekali gus menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma organ.

Namun, masih ramai tidak mengetahui, selain menderma organ atau tisu yang masih berfungsi dengan baik kepada individu memerlukan, seluruh tubuh turut boleh disumbangkan setelah seseorang itu meninggal dunia. 

Ia sebagai bakti terakhir yang boleh didermakan demi kepentingan masyarakat terutama penye lidik dan doktor untuk dijalankan kajian perubatan serta proses latihan pembedahan daripada guru digelar Mentor Tanpa Suara (Silent Mentor) tersebut.

Pengarah Program Silent Mentor, Profesor Dr Saw Aik berkata, selari dengan perkembangan dunia semasa menyaksikan, wujud pelbagai simptom dan jangkitan penyakit baharu yang memerlukan kaedah rawatan serta pengendalian berbeza.

Beliau berkata, walaupun penyakit itu bukan wabak baharu, namun penyelidikan prosedur baharu perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan kaedah rawatan lebih berkesan dan menyeluruh dapat diberikan kepada pesakit terutama generasi akan datang.

“Keadaan penyakit di Malaysia agak berbeza dengan negara luar dan ini pastinya memerlukan kaedah rawatan berbeza untuk menyembuhkan penyakit tersebut walaupun asasnya simptom yang sama. 

“Ini berlaku kerana pelbagai faktor, antaranya pesakit suka melakukan kaedah rawatan tradisional atau alternatif tanpa mendapat nasihat doktor. Apabila keadaan menjadi lebih serius, baru mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

“Ini sudah tentu sukar untuk dipulihkan dan memerlukan penyelidikan. Apatah lagi Malaysia kini ke arah menjadi ‘negara tua’ berikutan peningkatan bilangan warga emas yang pastinya mempunyai pelbagai penyakit perlu dirawat,” katanya ketika ditemui al-Siha, baru-baru ini.  

MEMPERKASA KEMAHIRAN DOKTOR

Selain itu, Dr Saw berkata, menerusi program Silent Mentor juga memberi peluang kepada lebih ramai doktor baharu lepasan pusat pengajian tinggi dan pakar bagi memperkasakan lagi kemahir ribuan pelajar perubatan menamatkan pengajian sama ada dari dalam dan luar negara. Jika sebelum ini latihan mereka adalah belajar melalui pemerhatian dan membantu pakar melakukan prosedur.

“Ini akan memakan masa yang lama sebelum mereka mahir dan mampu mengendalikan prosedur rawatan sendiri. Oleh itu, melalui guru tanpa suara (jasad yang didermakan) ini membolehkan doktor baharu melakukan sendiri prosedur tersebut dalam masa sama memperkasakan kemahiran.

“Kita ingin melahirkan doktor dan pakar yang betul-betul mahir mengendalikan tanggungjawab mereka di samping mengurangkan sebarang kesalahan ketika merawat pesakit,” katanya. 

Bukan itu sahaja, beliau berkata program itu juga mampu mengurangkan kos untuk pembelajaran dan kajian yang sebelum ini perlu dilakukan di luar negara dan terhad kepada pakar atau doktor terpilih. 

“Dengan adanya Silent Mentor ini, kita boleh menjemput pakar daripada luar ke negara ini untuk berkongsi kepakaran mereka secara terus bersama doktor baharu.

“Ini memberi peluang kepada bukan individu tertentu, malah semua pelajar dapat mengambil manfaat daripada pakar yang dibawa khas tersebut secara terus,” katanya.

Akademi Silent Mentor yang dikendalikan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) diperkenalkan pada 2012 menerusi jalinan usahasama yang diadakan bersama Tsu Chi University of Taiwan sejak 1996. 

Sepanjang lapan tahun beroperasi, seramai 1,500 orang berdaftar untuk Silent Mentor dan daripada jumlah itu sebanyak 107 mentor telah dikendalikan oleh akademi tersebut.  

DIURUSKAN DENGAN BAIK

Mengulas lanjut berhubung pengurusan tubuh, Dr Saw berkata, jasad yang didermakan akan dibekukan terlebih dahulu selama tiga hingga tujuh bulan bergantung kepada tarikh kursus penyelidikan dan pembelajaran diadakan.

“Kita ingin melahirkan doktor dan pakar yang betul-betul mahir mengendalikan tanggungjawab merekadi samping mengurangkan sebarang kesalahan ketika merawat pesakit.”- Dr Saw Aik

Sebelum proses penyelidikan dijalankan, pelajar akan mengadakan lawatan ke rumah keluarga Mentor mereka untuk berkenal-kenalan dengan lebih erat dan memaklumkan berkenaan prosedur yang bakal diadakan.

“Mereka saling tidak mengenali satu sama lain, kunjungan ini membolehkan pelajar dan keluarga ‘guru tanpa suara’ mereka untuk saling memahami dan dalam masa sama melahirkan perasaan kasih seperti keluarga mereka sendiri.

“Selain mempelajari daripada ‘guru’ mereka, ini akan melatih sikap doktor baharu ini untuk lebih beretika, kasih dan bertanggungjawab dengan setiap prosedur rawatan yang mereka lakukan,” katanya.

Beliau berkata, selepas belajar dan mengambil manfaat daripada mentor mereka, jasad akan disempurnakan dan diuruskan secara menyeluruh mengikut ritual agama masing-masing. 

“Pelajar akan memberi penghormatan terakhir kepada guru mereka bersama ahli keluarga Silent Mentor yang turut diundang dalam upacara penghargaan sebelum dikebumikan,” jelasnya. — al-Siha

Hukum derma jasad bagi umat Islam

Mengulas berhubung hukum menderma jasad untuk kegunaan penyelidikan bagi umat Islam, Ahli Jawatan Kuasa Fatwa Wilayah persekutuan, Profesor Madya Dr Noor Naemah Abdul Rahman berkata, ia perlu dinilai keperluannya menerusi dua kategori iaitu al-daruriyyah dan al-hajiyyah.

Katanya, penggunaan jasad merupakan suatu keperluan dalam penyelidikan perubatan dan ia diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengenalpastian penyakit dan bentuk rawatan, pengujian teknologi baharu pembedahan dan pengenalpastian elemen jenayah. 

“Dalam konteks penggunaan jasad si mati untuk tujuan penyelidikan, menjadi keperluan yang mencapai tahap bersifat daruriyyah apabila tiada cara lain yang boleh dilakukan untuk menjaga nyawa manusia. Sebagai contoh, semasa wabak Japanese Encephalitis (JE), ujian kepada mangsa wabak yang meninggal dunia dilakukan bagi mengenal pasti virus yang menyebabkan kematian tersebut. 

“Justeru, berasaskan alasan demikian, penggunaan jasad bagi tujuan penyelidikan dalam keadaan tersebut menjadi sesuatu yang diharuskan. Oleh kerana penjagaan maslahah kehidupan manusia menjadi suatu keperluan daruriyyah yang diambil berat oleh syarak, maka apa sahaja cara yang boleh menyebabkan tercapainya maslahah tersebut menjadi suatu yang dituntut,” katanya.

Tambah beliau, keperluan terhadap penggunaan jasad juga boleh berada pada tahap hajiyyah, iaitu sesuatu yang diperlukan untuk menghilangkan kesempitan dan tidak sampai ke tahap mendatangkan kerosakan terhadap kemaslahatan umum. 

“Sebagai contoh, orang lelaki menampal hidung yang terpotong dengan emas (yang asalnya diharamkan bagi lelaki) untuk menghilangkan bau busuk. Keperluan penggunaan bahan emas tadi tidaklah sampai ke peringkat daruriyyah sehingga menyebabkan nyawanya tergugat namun bagi tujuan menghindarkan kesempitan dan kepayahan yang dialami jika tidak menggunakan bahan tersebut. 

“Contoh semasa bagi pengajian perubatan misalnya, dalam pembelajaran anatomi, penggunaan spesimen mayat menjadi keperluan berbentuk hajah. Ini kerana tanpa menggunakan spesimen tersebut pelajar tidak mampu menguasai ilmu anatomi secara mendalam. 

“Sudah tentu dengan demikian akan menyebabkan ketidaksempurnaan penguasaan dalam ilmu tersebut yang mana akan mengakibatkan terjejasnya pencapaian dalam bidang berkenaan,” jelasnya.

KAEDAH PENENTUAN

Profesor Madya Dr Noor Naemah berkata, pandangan pakar dalam penentuan keperluan ini menjadi ukuran sama ada ia berada pada tahap daruriyyah atau hajiyyah.

Berikut adalah beberapa keadaan yang dinilai bersifat hajah dalam keperluan menggunakan jasad untuk tujuan penyelidikan,  antaranya:

•Pengajaran dan penyelidikan untuk mengenal pasti saraf dan otot.

• Pengajaran dan pembelajaran asas terhadap tubuh badan manusia.

Keperluan terhadap penggunaan jasad sebegini tidak sampai ke tahap darurah atas beberapa alasan, iaitu:

• Wujudnya alternatif lain selain penggunaan mayat seperti penggunaan model anatomi plastik.
* Pembelajaran dan penyelidikan masih boleh dijalankan walaupun jumlah mayat sedikit dengan membuat penyesuaian kepada kaedah pengajaran seperti meningkatkan jumlah nisbah mayat kepada pelajar, dan mengubah kaedah pengajaran menggunakan mayat daripada dissection kepada prosection.

•Penggunaan plastinated specimen (spesimen mayat yang dikeringkan) dan kaedah pembedahan maya dapat menggantikan penggunaan mayat yang segar (spesimen basah).

• Penggunaan mayat yang tidak dituntut (unclaimed) dan tidak dikenali (unidentified) yang jumlahnya masih mampu menampung keperluan penyelidikan.

* Pemerolehan mayat dari luar negara.

PANDANGAN ULAMA

1- Pandangan melarang

Penghormatan manusia berbanding makhluk lain

Firman Allah maksudnya: “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (al-Isra’: 70)

Berdasarkan ayat tersebut, pendermaan jasad si mati dan penggunaannya dalam penyelidikan perubatan dianggap berlawanan dengan dasar ini kerana penggunaan mayat tersebut akan melalui proses pemotongan anggota, suntikan, pembedahan mayat dan lain-lain yang akan melibatkan proses penggunaan mayat.

 Perbuatan ini semua dianggap  penyiksaan kepada mayat yang mana bercanggah dengan objektif atau kehendak Allah untuk memuliakan dan melebihkan anak Adam. Justeru semua tindakan ini adalah tidak harus. 

2- Pandangan membenarkan

Hujah daripada pandangan ini bukanlah berasaskan al-Quran dan sunah secara langsung, tetapi berpandukan kaedah qiyas dan fiqh. Antara situasi tersebut adalah:

•Harus membedah mayat untuk tujuan penyelidikan boleh diqiyaskan kepada keharusan memotong dan mengeluarkan janin untuk menyelamatkan si ibu apabila ada sangkaan (ghalabah al-zann) bahawa akan binasa keduanya disebabkan janin tersebut.
* Keharusan membedah mayat untuk tujuan penyelidikan diqiyaskan juga kepada keharusan membedah perut ibu mengandung untuk mengeluarkan anak dalam kandungan yang ada harapan untuk hidup.

Sehubungan itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-105 memutuskan hukum pendermaan jasad Muslim adalah tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan darurat. — al-Siha

Profesor Madya
Dr Noor Naemah
perjelas hukum derma jasad daripada pandangan Islam.


Manfaatkan tubuh demi masyarakat

Bukan bergelar pemikir hebat, apatah lagi pakar yang mampu mencetus perubahan negara, namun bagi mendiang Low Kiow Sim percaya walaupun telah meninggal dunia, tubuhnya tidak harus dipersia sebaliknya boleh menjadi bakti akhir kepada masyarakat.

Isteri mendiang, Lee Vui Lan, 86, berkata, itulah permintaan Law sebelum meninggal dunia baru-baru ini dan mengambil keputusan untuk mendermakan tubuhnya kepada Akademi Silent Mentor.

Ini kerana, bagi mendiang yang meninggal dunia pada usia 88 tahun, ia bukan sahaja memberi manfaat kepada doktor atau penyelidik perubatan terlibat, tetapi seluruh industri perubatan secara amnya kepada generasi akan datang.

“Mendiang merupakan seorang yang ramah dan suka membantu orang. Walaupun dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana persatuan sukarelawan, namun sikap kesukarelawanannya sentiasa ditunjukkan setiap hari.

“Mendiang mempunyai ramai rakan baik yang sentiasa bersamanya. Sebagai seorang ketua keluarga, dia merupakan suami yang rajin melakukan kerja rumah seperti pergi pasar setiap hari, manakala sebagai seorang bapa, dia sentiasa menjadi pendorong untuk anaknya,” katanya.

Bangga tindakan suami

Mengenali program Silent Mentor ketika menjalani rawatan susulan di PPUM, Low mendapat persetujuan isterinya untuk menandatangani dalam program itu pada 2015.

Bagi Lee Vui Lan, sebagai seorang isteri dia merasa sangat bangga dengan tindakan dilakukan oleh suaminya yang dianggap sebagai hero dan berani.

“Saya sendiri belum bersedia untuk melakukan sepertimana keputusan yang diambil oleh mendiang. Walaupun pada masa itu kita sudah tiada (meninggal dunia), tetapi keputusan ini bukan suatu yang mudah,” katanya.

Mendiang Low meninggal dunia pada Ogos lalu di sebuah hospital di Subang Jaya akibat kegagalan buah pinggang sebelum dihantar ke Akademi Silent Mentor untuk menjalani prosedur lanjut.

PERNAH KEMALANGAN

Berkongsi keadaan kesihatan mendiang sebelum meninggal dunia, anak tunggal, Low Chin Chin berkata, keadaan bapanya dilihat berubah sejak mengalami kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Putrajaya.

“Mendiang seorang yang suka memandu dan seperti biasa pada awal pagi dia akan keluar, sehinggalah pada awal Januari lalu, ibu saya mendapat panggilan mengatakan ayah kemalangan jalan raya.

“Kecederaan ayah tidak terlalu teruk, ketika kejadian beliau dikatakan melanggar pembahagi jalan. Ini mungkin disebabkan hilang kawalan ketika memandu dan mujur tidak membabitkan kenderaan lain.

“Walaupun begitu, kesan hentakan itu menjadikan keadaan kesihatan ayah mula berubah buruk dari hari ke hari. Dia sering mengadu sakit-sakit badan, pening kepala dan tidak lagi mampu melakukan rutin seperti biasa,” katanya.

Beliau turut bangga dengan keputusan yang dilakukan bapanya dan berharap ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh doktor baharu dan penyelidik dalam memperkasakan kemahiran untuk masa depan.

“Tiada siapa suruh atau arahkan ayah dermakan tubuhnya, keputusan ini diambil sendiri. Ini kerana sikap ayah sejak dahulu suka membantu orang bukan sahaja ketika hidup tetapi setelah meninggal dunia,” ujarnya. — al-Siha

Ahli Keluarga penderma bergambar bersama pelajar dan pegawai Akademi Silent Mentor ketika mengadakan kunjungan ke rumah penderma.

REAKSI PELAJAR

“Silent Mentor memberikan inspirasi kepada kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam bidang perubatan ini. Ia juga merupakan medium terbaik untuk kami belajar dan memperkasakan lagi teori seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan.
“Saya berharap dapat belajar banyak daripada ‘guru’ kami ini dan saya sangat berterima kasih kepada mereka kerana memikirkan keperluan dan sudi menyumbangkan tubuh untuk generasi akan datang,” katanya.

Pelajar Fakulti Perubatan, Universiti Malaya
Ahmad Faris Muhd Nor, 23.

“Ketika melakukan latihan industri di hospital, pendedahan diberikan lebih kepada kaedah rawatan kecil atau sebagai pembantu doktor, kami tidak berpeluang melakukan prosedur rawatan major apatah lagi mengendalikan pembedahan sebenar kepada tubuh pesakit.
“Melalui program Silent Mentor ini memberikan saya pengalaman sebenar untuk melakukan proses rawatan dan pembedahan kepada tubuh sebenar sekali gus meningkatkan kemahiran saya dalam bidang ini,” katanya.

Graduan Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak
Low Renjue, 24

“Pertama kali dengar tentang program ini ia dilakukan di Taiwan dan ini merupakan program pertama seumpamanya yang dilakukan di Malaysia. Program
ini sangat bermanfaat kepada
kami pelajar perubatan kerana
di universiti banyak modul pembelajaran tetapi lebih kepada teori. 
“Program ini memberi peluang pendedahan lanjut kepada kami keadaan secara sebenar menggunakan ‘mentor tanpa suara’ kami sebelum melangkah ke industri sebenar untuk melakukan rawatan kepada tubuh pesakit.

Graduan International Medical University 
Yong Zhi Xin, 24.

“Saya dapat tahu tentang program ini daripada rakan-rakan dan ini adalah satu program yang sangat bagus sebagai permulaan kepada kami bakal doktor dan doktor muda. Program ini memberi inspirasi bukan sahaja kepada kami tetapi semua masyarakat untuk berfikir bagaimana untuk menyumbang setelah mati.
“Saya melihat perlu ada ketetapan ulama atau fatwa jelas bagi menetapkan hukum menderma tubuh selepas meninggal dunia buat umat Islam, kerana majoriti penyumbang adalah bukan Muslim,” katanya.

Pelajar Perubatan, Universiti Sains Islam Malaysia
Fathin Faziera Mansor, 25



Share196Tweet123Share34
jenius

jenius

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Tidur Lebih Bermakna Setiap Malam

A Date With You For Better Sleep, Every Night.

February 28, 2020

Pil Tangguh Haid

January 11, 2019
骨痛热症病后调理

骨痛热症病后调理

December 19, 2019
Berdepan Mudarat Osteoarthritis

Berdepan Mudarat Osteoarthritis

0
KAEDAH RAWATAN PESAKIT OSTEARTHRITIS

Kaedah Rawatan Pesakit Ostearthritis

0
Suntikan Intraartikular, Kaedah Mudah Kembalikan Fungsi Lutut

Suntikan Intraartikular, Kaedah Mudah Kembalikan Fungsi Lutut

0
A Taste of Tradition: The Cultural Legacy of Finger Foods and Mini Cakes

A Taste of Tradition: The Cultural Legacy of Finger Foods and Mini Cakes

August 21, 2023
Dinner Duel: A Comparative Analysis of the Best Restaurants in Town

Dinner Duel: A Comparative Analysis of the Best Restaurants in Town

March 21, 2023
The Power of Social Media Marketing: Tips and Tricks for Success

The Power of Social Media Marketing: Tips and Tricks for Success

March 21, 2023

Subscribe To Our Newsletter

Sihat Malaysia

Copyright © 2019 Sihat Malaysia. A publication of Revon Media Sdn Bhd. Web Design by Bike Bear

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • About Us
  • Contact Us
  • Articles

Copyright © 2019 Sihat Malaysia. A publication of Revon Media Sdn Bhd. Web Design by Bike Bear