

Sokongan keluarga dan sahabat membuatkan Hasnidar tabah.
“BALIK dari tugasan di Kawasan taman tema air, badan tiba-tiba lemah dan menggigil, sehingga saya terpaksa berehat dan tidur seketika di pejabat sebelum pulang ke rumah,” kata Hasnidar Jaafar menceritakan pengalaman sebagai pesakit denggi.
Ibu kepada empat orang cahaya mata ini, pada awalnya ke klinik swasta berdekatan dan dikatakan cuma mengalami demam viral urti. Namun doktor menasihatinya supaya melakukan ujian darah sekiranya demam melebihi tiga hari.
“Empat hari berlalu, demam masih belum pulih, saya terus ke klinik kesihatan berdekatan untuk menjalani ujian pemeriksaan darah dan diberitahu berkemungkinan dijangkiti denggi. Saya terus ke bahagian kecemasan dan diberikan ‘drip’ dan rehat selama dua jam, akhirnya diwadkan pada malam tersebut.
“Keeseokan harinya, bacaan platelet darah jatuh ke 47, keadaan bertambah teruk apabila tekanan darah juga semakin turun, ‘drip’ sudah lima botol. Jururawat meminta supaya tidak bangun dari katil dan dinasihatkan untuk memakai salur kencing.
“Doktor kemudian memasukkan ubat melalui bahagian leher bertujuan menstabilkn tekanan darah dan saya dipindahkan ke Hospital Temerloh. Dua hari berehat dan dipantau oleh doctor dan jururrawat, akhirnya saya beransur pulih, bacaan platelet darah juga sudah meningkat ke 56 dan seterusnya ke 97, dan dibenarkan keluar hospital.
Ibu anak diserang denggi serentak
Zanariah sangka hanya alami demam biasa
Zanariah dan anak lelakinya.
Enam hari berada di wad.
Ujian darah menunjukkan Zanariah positif denggi.
HANYA individu yang pernah mengalami sahaja tahu betapa deritanya demam denggi dan tidak hairanlah ada antara mangsa yang menganggap sakit ketika demam denggi bagaikan hampir hilang nyawa.Mana tidaknya, pada awalnya pesakit alami sakit urat diikuti demam panas dan kemudian sakit kepala melampau, ini keadaan yang dialami Zanariah Mohd Zabidi, 35 tahun sehingga terpaksa menangis menahan kesakitan.“Suami bawa saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan doktor mendapati tekanan darah saya ketika itu menurun dan simptom yang ada disyaki demam denggi. Selepas membuat ujian keputusan menunjukkan saya positif denggi.“Ketika tahu saya positif denggi, saya rasa takut dan risau kerana fikirkan nasib anak-anak memandangkan mereka ketika itu juga demam dan doktor meminta untuk melakukan ujian darah di hospital dengan segera.Tambah Zanariah, dia tidak menyangka demam yang dialami adalah demam denggi dan fikir itu hanyalah demam biasa kerana baharu sahaja pulang dari bercuti.“Tetapi apabila demam berlarutan dan badan semakin lama semakin lenguh serta sakit kepala melampau. Akhirnya saya membuat keputusan untuk ke klinik dan doktor telah mengesahkan demam denggi.“Ketika itu saya dibekalkan dengan lima jenis ubat sahaja, termasuk ubat demam, selsema, batuk, sakit kepala dan antibiotik. Menurut doktor demam denggi tidak ada ubat, cuma perlu banyakkan minum air masak.Nasihat Zanariah, persekitaran rumah perlu dijaga dan elakkan ada air bertakung dan tidak berada di luar kawasan rumah pada waktu-waktu biasa nyamuk aedes keluar.“Guna pelekat penghalau nyamuk dan sediakan ubat jentik-jentik di rumah. Sebelum ini saya tidak peka dan tidak ambil tahu berapa statistik mangsa denggi yang meninggal dunia. Tetapi selepas terkena pada diri dan anak baharu saya ambil tahu. Ternyata denggi sangat bahaya dan sudah mengorbankan banyak nyawa.“Selepas saya dah sihat anak masih demam. Tanpa saya duga anak turut positif demam denggi. Sehinggalah satu hari demamnya tidak kebah dan badannya naik bintik-bintik merah lalu saya terus bawa anak ke hospital.“Keadaan anak ketika sampai di hospital sangat lemah. Tubuhnya kehilangan banyak air (dehydration) sehingga sukar untuk ambil darahnya. Anak menangis sampai kering air mata. Bertambah lagi kerisauan saya apabila keputusan menunjukkan paru-paru dan hatinya sedikit bengkak.“Risau hanya Allah sahaja yang tahu tetapi saya hanya mampu berdoa dan berharap agar anak akan cepat sembuh. Enam hari dalam wad dan semasa dikeluarkan doktor pesan sekiranya selepas ini anak ada demam terus bawa ke hospital. Doktor nasihatkan agar banyakkan minum air dan cuba elakkan aktiviti luar.“Apa yang saya boleh katakan demam denggi ini sangat menyakitkan dan merbahaya. Jadi marilah kita sama-sama menjaga kebersihan persekitaran rumah. Pastikan longkang dan pasu-pasu tiada takungan air yang menjadi tempat nyamuk aedes membiak.”— al-Siha
INISIATIF MEMBANTERAS DENGGI
KES demam denggi terus mencatatkan peningkatan dari semasa ke semasa dan pada 2019 angka kes dilapor meningkat sehingga berlipat kali ganda berbanding catatan kes sebelum ini.Penubuhan jawatankuasa peringkat kebangsaan mengenai denggi
1. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi
Pengerusi: Timbalan Perdana Menteri
2. Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kementerian
Pengerusi: Ketua Pengarah Kesihatan
3. Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri
Pengerusi: Menteri Besar / Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan / Exco Kesihatan
Peranan kementerian dalam pasukan petugas khas Denggi
Bil Kementerian/Agensi Aktiviti/Tindakan
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
• Sebagai mengetuai dan penyelaras
• Pengurusan kes dan survelan Denggi
• Penguatkuasaan undang-undang Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
• Pelaksanakan projek COMBI
2. Kementerian Kesejahteraan Bandar,
• Kawalan dan pencegahan vektor di bawah PBTPerumahan Dan Kerajaan Tempatan
• Program Anti-litter dan kitar semula
3. Kementerian Kerja Raya
• Mengeluarkan Garis Panduan Amalan Terbaik Reka Bentuk Bangunan Bagi Menangani Pembiakan Nyamuk Aedes
• Penguatkuasaan bersepadu di tapak binaan oleh CIDB dan agensi berkenaan
4. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
• Menyediakan slot media secara berkala di media di radio & TV.
5. Kementerian Pendidikan
• Memasukkan program kebersihan dan juga denggi di dalam ko-kurikulum serta aktiviti sekolah
• Menghasilkan Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di SekolahBekerjasama dengan syarikat swasta untuk menjalankan program Patrol Denggi
6. Kementerian Dalam Negeri
• Membantu dalam aktiviti pencegahan denggi dan menggerakkan badan beruniform terutama ketika wabak.
7. Kementerian Sumber Manusia
• Aktiviti penguatkuasaan di tapak bina
8. Kerajaan Negeri
• Menyediakan peruntukan khas untuk pencegahan denggi. Sebagai contoh, peruntukan kepada PBT untuk kutipan sampah
• Memastikan PBT melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan
Pencapaian Pemeriksaan Aedes MengikutJenis Premis Sehingga 17 Ogos 2019 (ME01-33)
Tumpuan Awam 44,192 6,365 14.4%
Taman Mainan / Rekreasi 6,618 672 10.2%
Tanah / Lot Kosong 269,174 26,693 9.9%
Projek Rumah Terbengkalai 665 65 9.8%
Tanah Perkuburan 597 52 8.7%
Kilang/Gudang 9,107 729 8.0%
Tempat Pembuangan Sampah 27,156 1,976 7.3%
Tempat Ibadat 7,616 554 7.3%
Pejabat Kerajaan 3,923 185 4.7%
Tapak Binaan 14,509 652 4.5%
Sekolah (Termasuk Asrama) 20,498 902 4.4%
Kemudahan Kesihatan 2,039 51 2.5%
Kompleks Perniagaan 7,534 181 2.4%
Rumah Kediaman 2,754,742 65,057 2.4%
Sumber: Bahagian Pendidikan dan Promosi Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
Apa yang saya boleh katakan demam denggi ini sangat menyakitkan dan merbahaya. Jadi marilah kita sama-sama menjaga kebersihan persekitaran rumah. Pastikan longkang dan pasu-pasu tiada takungan air yang menjadi tempat nyamuk aedes membiak.”