Kesihatan itu terlalu ‘mahal harganya’ malah tidak mampu dibeli atau diperoleh dimana-mana. Tidak hairanlah ramai yang mula bertindak luar biasa, malah sanggup memperuntukkan perbelanjaan setiap hari atau bulanan demi kesihatan.
Apalagi , dengan kepesatan alam maya, ilmu dihujung jari yang memudahkan lagi mereka yang memerlukan sehingga ada pengguna yang mendapatkan jurulatih dalam talian. Persoalannya, relevankah cara ini ?
Menurut Pengasas Fattoffitt Malaysia, Mohd Firdaus Mohd Sahir, apa sahaja cara yang dilakukan adalah berkesan.
“Mungkin ada antara kita yang tidak terima cara ini tetapi ada sebilangan individu yang amat memerlukan misalnya golongan yang sibuk berkerja dan tidak ada masa di luar serta golongan suri rumah sepenuh masa,” katanya.
Tambah beliau, sihat atau kurus dengan cara dalam talian juga mempunyai kelebihannya, dan yang paling penting matlamat yang disampaikan tercapai sekaligus membantu mereka.
“Cara dan pesekitaran semua orang berbeza-beza, ada yang mudah terima dengan cara online dan ada juga yang lebih mudah terima cara offline. Semua mengikut kesesuaian setiap individu.
“Tidak mustahil dan cara dalam talian mungkin berkesan bagi sesetengah individu terutama bagi yang berdisiplin dan mengikut 100 peratus ilmu yang diajar. Tetapi, bagi saya pula belajar di luar lebih relevan dan diminati berbanding online. Namun, sekiranya individu mempunyai kekangan masa, belajar secara atas talian tidak menjadi satu kesalahan,” ujar beliau
Mohd Firdaus Mohd Sahir
Cabaran Individu Kearah Kurus Sihat.
1.Persekitaran.
Kawan-kawan dan keluarga menjadi pengaruh besar dalam memastikan seseorang itu berjaya kurus dan sihat. Sekiranya persekitaran yang tidak positif maka susahlah mereka ingin mengawal terutama nafsu makan mereka.
2. Banyak berfikir tetapi tidak melakukan tindakan.
3. Sering bagi alasan.
Tiada keyakinan diri, selalu jadikan diri sebagai alasan untuk tidak boleh berjaya. Mindset adalah 100 peratus, jika berjaya mengubah cara berfikir, ia mampu merubah diri kita sendiri.
4. Tidak mampu mengawal stres.
Stres adalah musuh utama masalah kegemukkan dan kesihatan . Kena belajar cara mudah menguruskan stres.
5. Tidak ada ilmu. Pelaburan terbesar untuk berjaya adalah ilmu, pergi belajar dari mereka yang telah berjaya dan beli buku tentang apa yang kita inginkan.
5 Tips Kekal Kurus Secara Sihat.
1. Jaga kalori (be moderate)
*Lelaki (2200-2500)
*Perempuan (1500-1800)
2. Pastikan jumlah protein harian cukup, jangan takut ambil protein (body weights * 1g protein = per day)
3. Pastikan tidur cukup (7-8jam sehari)
4. Pastikan minum air cukup (min 3 liter sehari)
5. Senaman sekurang-kurangnya 10 minit sehari atau 150 minit seminggu.